Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Hishammuddin Ziarah Keluarga ‘Wira’ Kuala Selangor

By 27 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 27 Feb (MalaysiaAktif) — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menziarah keluarga Allahyarham Hassan Abdul Latif di Kampung Baru Assam Jawa yang mati lemas semasa cuba membantu mangsa pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan cemas di sini semalam.

Sempena lawatan tersebut beliau menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Semasa sidang media tengahari tadi, Hishamuddin diminta memberi komen berhubung isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

 

IMG-20160227-WA0010

 

“Keputusan ini telah diambil oleh Majlis Tertinggi parti. Keputusan ini bukan diambil atas tindakan peribadi,” kata beliau.

Beliau mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa Timbalan Presiden UMNO tidak membantu parti dan tidak mengikut perlembagaan parti.

“Buat masa ini Timbalan Presiden UMNO itu hanya digantung keahlian bukan dilucutkan. beliau masih lagi mempunyai jawatan ahli parlimen,” ujar beliau.

Hishamuddin seterusnya makan tengahari bersama penduduk kampung, keluarga dan jiran Allahyarham Hassan, di mana antara lain beliau berkata semangat yang diamalkan Allahyarham Hassan perlu dipupuk dan diteruskan oleh masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata beliau telah diarahkan oleh Hishamuddin supaya mendapatkan bantuan untuk keluarga mangsa di peringkat persekutuan. Beliau juga akan cuba mendapatkan bantuan insurans bergantung kepada status keahlian mangsa dalam persatuan nelayan.

 

Tinggalkan komen anda