Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MARA Sambut Ulang Tahun Ke-50 Dengan Rewang

By 28 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Seramai 360 orang Pelajar Institut Pendidikan MARA (IPMA) bersama warga kerja, subsidiari MARA, Komuniti Usahawan serta NGO di bawah MARA menggembleng tenaga menjayakan Program CSR Hati Emas Perdana MARA Peringkat Negeri Melaka dengan usaha sama komuniti setempat semalam di Masjid Al Hasanah, RTC Sg Rambai.

“Saya melihat pentingnya program pada hari ini dilaksanakan melibatkan para pelajar dari peringkat awal kerana ini sebahagian daripada kokurikulum yang pelajar tidak akan dapat melalui pembelajaran di dalam kelas ataupun makmal,” ujar Exco Pertanian Dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Hasan Abd Rahman.

20160228022840

Tambah beliau, para pelajar sememangnya perlu mendapat pendedahan awal dan belajar duduk dalam kelompok masyarakat untuk merasai sendiri denyutan rakyat, khususnya kepada pelajar yang tinggal di kawasan bandar.

Setelah 50 tahun, kejayaan MARA terbukti jika dilihat kepada golongan penerima manfaat sama ada dalam bidang keushawanan atau pendidikan yang kini mencecah lebih empat juta orang.

Menurut Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Melaka, Noor Irwan Marmin, inisiatif MARA turun padang ini positif bukan sahaja kepada MARA malah juga kepada masyarakat setempat.

“Kebersamaan melalui aktiviti ini sudah pasti menyuntik rasa bangga serta sama-sama menyambut perayaan 50 tahun MARA, sekali gus menyemai perasaan sayang kepada agensi keramat bangsa ini,” ujar Irwan.

Tambahnya, pengalaman sebegini memberi keinsafan dan kesedaran kepada pelajar untuk mengisi dan memperbaiki kekurangan yang ada pada masa akan datang kerana akademik bukan segala-galanya dalam membentuk peribadi dan kejayaan seseorang.

 

Tinggalkan komen anda