Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeKelantan

300 Di Seminar Perkongsian Strategik Ketua Jabatan 2016

By 28 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Shafira Mat Hussin & Ruslan Abdul Rahman  (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Lebih 300 orang mengambil bahagian dalam Seminar Perkongsian Strategik Ketua-Ketua Jabatan, Agensi dan Pemimpin Tempatan Persekutuan Negeri Kelantan 2016 di sini hari ini.

Seminar sehari anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP) ini merangkumi tiga sesi, iaitu Taklimat Isu Semasa, Apresiasi Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan Negeri Kelantan dan Dialog Bersama Pemimpin Utama.

20160228025218

Menurut Pengarah JPP Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, seminar ini bertujuan memperkasakan hubungan antara Jabatan dan Agensi Persekutuan di Negeri Kelantan.  Disamping itu ia juga platform untuk merungkaikan pelbagai isu bertindih.

Antara yang hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang turut  menyampaikan sumbangan kepada pegawai yang telah bersara.

Beliau juga bertindak sebagai ahli panel Dialog Bersama Pemimpin Tempatan. Antara pemimpin lain yang turut menganggotai panel, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki.

Seminar diadakan di Tok Aman Bali Resort.

 

Tinggalkan komen anda