Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

Ahmad Zahid Rasmi Sekolah Kebangsaan Sundar

By 28 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharuddin Mohamad (Lawas)

LAWAS, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Sekolah Kebangsaan Sundar di sini yang dibina dengan kos RM20 juta dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Sekolah yang meliputi kawasan seluas 1.4 hektar itu siap dibina pada September 2010 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilengkapi sembilan bilik darjah dan mampu memuatkan 250 murid.

Sekolah ini juga mendapat bekalan air dan elektrik serta kawalan keselamatan.

Menurut Zahid pendidikan merupakan usaha menyeluruh dan bersepadu. Oleh yang demikian, perancangan adalah bertujuan untuk mengangkat bidang pendidikan agar bertaraf global.

Beliau juga berkata tanpa pengetahuan, pemahaman dan penghayatan terhadap pelan pembangunan pendidikan, para pendidik tidak akan dapat memainkan peranan dan tanggungjawab dengan berkesan dan bermakna.

Sehubungan itu, kerajaan pusat dalam Bajet 2016 memberi tumpuan kepada bidang pendidikan, yang mana di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 sebanyak 41.3 bilion ringgit diperuntukan bagi tahun ini.

Ahmad Zahid berkata untuk merealisasikan matlamat, semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan, selain pemimpin masyarakat walaupun guru berada di barisan hadapan sebagai modal peranan.

 

Tinggalkan komen anda