
Oleh Mohamad Ismail Daud (Gerik)
GERIK, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Program Pemukiman Menteri Besar Perak di Hulu Perak berakhir lewat semalam perlu diteruskan di masa hadapan.
Pengunjung dan peserta program yang ditemui di karnival ini menyatakan program seperti ini perlu diteruskan di daerah lain juga.
Shariza Hasan Basri, 22, seorang usahawan muda dari Kampung Perah Gerik menyatakan program seperti ini dapat melibatkan para beliawanis dengan aktiviti yang sihat. Pemukiman ini juga dapat merapatkan hubungan antara rakyat dan pemimpin.
Pengusaha Fitness Highway & Gymnasium, Ahmad Izuandy Ahmad Nazri, 28, pula berpendapat program ini dapat mendekatkan rakyat dgn pemimpin khususnya golongan belia. Golongan belia sering terpengaruh dengan media sosial yang sering memaparkan informasi yang tidak tepat dan negatif, maka melalui program ini kerajaan dapat menjelaskan pelbagai isu dgn lebih efektif kpd rakyat.
Dalam pada itu, Ahmad Izuandy juga menyokong keputusan kerajaan negeri Perak menubuhkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia yang sebelum ini bergerak melalui Majlis Perundingan Belia kini telah dinaik taraf ke sidang DUN Belia.
Sidang DUN Belia Ini merupakan satu platform yang memberi peluang kepada golongan belia untuk berbahas dan melontarkan pendapat mereka.
Sebanyak lebih 130 program yang dijalankan selama lima hari ini menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turun padang bagi melihat dan mendengar aduan rakyat.
Sempena pemukiman itu Zambry turut melancarkan program “Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir” & FIT Perak yang dihadiri kira-kira 3,000 belia di padang landasan lapangan terbang Gerik.