Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Karnival Sehati Sejiwa 2016 Di DUN Pilah 2016

By 27 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Shaharuddin Suratman (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 27 Feb (Malaysiaaktif) — Karnival ‘Sehati Sejiwa 2016’ bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah berlangsung di sini semalam.

DUN Pilah merupakan DUN pertama di Negeri Sembilan menganjurkan karnival tersebut bagi tahun ini.

 

4b888af5-687b-4d57-a8be-5bc49b0d63d9

2a4d4dc6-7ea6-4309-9ed1-0095d065bde8

Bersempena karnival yang dirasmikan petang tadi oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan ini, turut diadakan pelbagai acara, termasuk senamrobik, persembahan oleh artis tempatan, dan pertandingan karaoke. Selain gerai jualan, seperti biasa beberapa jabatan dan agensi kerajaan turut membuka ‘booth’ masing-masing.

Juga semalam berlangsung acara ‘Kuala Pilah Berselawat’ yang dihadiri kira-kira 2,000 orang peserta.

Turut hadir bersama lebih 1,500 orang, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malik.

Karnival ‘Sehati Sejiwa 2016’ DUN Kuala Pilah berakhir esok.

 

Tinggalkan komen anda