Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Penduduk Kampung Garama Rayu Baiki Jambatan

By 4 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

OLEH : Zamlan Ramle, Mohd Yusrie Othman & Fezieana Anak Rajasmi (Sabah) BEAUFORT, SABAH, 4 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Penduduk kampung Garama, Beaufort hari ini merayu dan memohon agar kerajaan dapat membaiki sebuah jambatan kampung yang merupakan nadi kehidupan penduduk seharian di kampong mereka.

Ag.Masis Ahmad, 54, penduduk Kampung Garama berkata, “Jambatan tersebut telah dibina pada tahun 2002 dan mula rosak pada 2012.  Kerja pembaikan telah dibuat tetapi hanya melibatkan pembaikan kecil seperti menukar kayu reput tetapi tidak pada struktur utama yang tidak stabil,” katanya ketika ditemuramah  oleh wartawan Malaysia Aktif.

Susulan daripada maklumat tersebut, tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Malaysia Aktif mendapati Jambatan sepanjang 15.5 meter itu bukan sahaja menjadi nadi utama kepada penduduk kampung Garama tetapi juga kepada penduduk kampung Gimba yang berhampiran.  Dianggarkan seramai 500 orang penduduk tinggal di Kampung Gimba yang turut menggunakan jambatan tersebut..

Difahamkan juga kampung berkenaan adalah sebuah kawasan taman rekreasi hutan yang turut menerima pelancong dari dalam dan luar negara.

Pegawai di Pejabat Daerah Beaufort, Janet, memaklumkan bahawa  selepas laporan kerosakan yang diterima pada tahun 2012,  pihaknya tidak menerima sebarang aduan kerosakan sehingga kini.  Hanya daripada laporan ini pejabat daerah akan segera meninjau dan menilai semula tahap kerosakan untuk tindakan segera supaya dapat memastikan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.

Tinggalkan komen anda