Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Masyarakat Diminta Beri Kerjasama Kepada Pasukan Keselamatan

By 4 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

OLEH : Muhammad Khairul Azad Yunus & Shahvian Muhammad Razali (Sabah) KOTA KINABALU, 4 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? ?Masyarakat diminta supaya terus memberi kerjasama dengan pihak keselamatan khususnya dalam aspek keamanan dan kedaulatan negara. Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Abdul Rashid Bin Harun berkata melalui kerjasama semua pihak pelbagai masalah terutamanya berkaitan isu keselamatan dapat  diselesaikan.

Dato’ Abdul Rashid Bin Harun berkata “Polis amat mengharapkan kerjasama daripada masyarakat di negeri ini iaitu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara” .

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan rapat dengan KomanderKawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu akan melicinkan lagi usaha menjaga keselamatan di Sabah. Menurutnya, perintah berkurung juga akan diteruskan bagi memudahkan pihak keselamatan membezakan antara lawan dan kawan.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

Dato’ Abdul Rashid dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah pada 4 Januari lalu turut diiringi para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Negeri Sabah.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda