
OLEH : Muhammad Khairul Azad Yunus & Shahvian Muhammad Razali/ PKĀ KOTA KINABALU, 4 Feb 2016 (Malaysiaktif) ā? ?Sebanyak 445 projek pembangunan telah diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah.
Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, Ruji Ubi berkata projek-projek pembangunan berkenaan termasuk di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang berakhir pada tahun lepas.Ā Projek pembangunan tersebut merangkum pembinaan sekolah, masjid, jambatan dan kemudahan penduduk luar bandar.
Menyentuh mengenai pengubahsuaian Bajet 2016, beliau berpandangan ianya tidak akan menjejaskan peruntukan pembangunan di Sabah.
“Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak menyentuh langsung mengenai projek pembangunan dan akan diteruskan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2016.
“Kita berharap melalui peruntukkan Rancangan Malaysia ke -11 (RMK11) akan ada beberapa sekolah lagi yang akan dibina dan akan memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negeri. “Pejabat kami akan bekerjasama dengan semua jabatan persekutuan bagi memastikan peruntukan yang diberi dapat dibelanjakan sebaik mungkin untuk faedah rakyat.
“Kami juga berjanji akan memantau khususnya projek-projek RMK11 bagi memastikan projek-projek yang diberi melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan sampai ke golongan sasar,” jelasnya.
Ruji berkata demikian kepada media selepas mengadakanĀ kunjunganĀ hormatĀ kepadaĀ Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji MahiruddinĀ di Istana Negeri, pagi tadi. Hadir samaĀ Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni.