Skip to main content
EkonomiHome

Penghargaan Kepada Usahawan Sempena Anugerah Pelancongan

By 18 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Zaharah Ismail & Amirah Ahmad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Malaysiaaktif) — Seramai 65 orang usahawan diberikan penghargaan di atas sumbangan mereka kepada pembangunan dan pertumbuhan industri pelancongan negara.

Mereka diraikan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia Ke-19 yang berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara anugerah yang disampaikan, termasuk Anugerah Artikel Pelancongan Terbaik, Anugerah Penerbitan Pelancongan Terbaik dan  Anugerah Dokumentari Kembara Terbaik.

Dalam ucapannya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Anugerah Pelancongan Malaysia adalah pengiktirafan tertinggi daripada kementerian berkenaan kepada usahawan pelancongan negara dalam usaha kerajaan menyasarkan ketibaan seramai 30.5 juta pelancong ke negara ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hadir merasmikan majlis berkata kerajaan sedang merangka dasar untuk menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan yang mementingkan keselamatan.

Beliau berkata dengan kejayaan pelaksanaan sistem e-visa, kerajaan berharap dapat mendorong penambahan pelancong dari negara China ke Malaysia.

Zahid turut mengumumkan pelantikan penyanyi Shila Amzah yang telah mengharumkan nama negara di China sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

 

Tinggalkan komen anda