Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeViral

Ribuan Kunjungi Pesta Belon Udara Panas 2016

By 10 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ahmad Faiz Mansur (Georgetown)

GEORGETOWN 10 Feb (Malaysiaaktif) — Ribuan pengunjung mengambil kesempatan sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina mengunjungi Pesta Belon Udara Panas yang berlangsung selama dua hari bermula dari 9 hingga 10 Februari bertempat di Padang Polo di sini.

Lebih 1,000 pengunjung membanjiri hari pertama Pesta Belon Udara Panas ini semalam yang melibatkan penyertaan lebih 15 pengusaha belon udara panas dari seluruh dunia.  Pesta ini mempamerkan pelbagai rekaan unik belon udara panas, termasuk rekaan monyet api.

Menurut penganjur, pihak mereka meluangkan hanya ada dua sesi setiap hari untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman menaiki belon udara panas, di mana setiap sesi hanya menawarkan 50 tiket untuk dijual.  Setiap tiket berharga RM50.

Pengunjung yang ditemui begitu teruja apabila berpeluang melihat belon udara panas secara dekat.  Selain pameran belon udara panas, pelbagai lagi aktiviti diadakan antaranya  permainan untuk kanak-kanak, pameran dan gerai makanan.

 

Tinggalkan komen anda