Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Isu Jejantas Selesai, Penantian 31 Tahun Berakhir

By 1 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Penantian selama 31 tahun pihak sekolah, ibu bapa dan penduduk Taman Seri Gombak bakal berakhir apabila jejantas yang diimpikan bakal dibina di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak (2) dalam masa terdekat.

Menurut Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin yang mewakili Menteri Pendidikan, sejak 1985 penduduk dan ibu bapa telah menunggu pembinaan jejantas di hadapan sekolah kerana keadaan jalan raya yang membahayakan pelajar untuk melintas.

Tambah beliau, Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM3 juta bagi projek pembinaan jejantas dan pelebaran jalan yang akan memudahkan ibu bapa dan pelajar sekolah melintas jalan kerana kenderaan yang menghantar pelajar boleh berhenti di seberang jalan untuk menurunkan pelajar tanpa perlu membuat pusingan dan bersesak di hadapan sekolah.

Kawasan tersebut menjadi terlalu sesak, terutama pada tengah hari kerana terdapat dua buah sekolah yang bersebelahan, iaitu SK Taman Seri Gombak dan SK Taman Seri Gombak (2) yang menempatkan lebih empat ribu pelajar bagi dua sesi persekolahan.

Zulkarnain ditemui semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG serta pelancaran projek pembinaan dan melebarkan laluan jalan di hadapan sekolah tersebut pada Sabtu.

 

Tinggalkan komen anda