Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Fox Sport Baik Pulih Gelanggang K1M Kg Segambut Dalam

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sazaki Abdul Rahman, Abdul Raof Othman & Inthran A/L Krishnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Segambut Dalam dipilih Fox Sports Malaysia dalam program CSR Inisiatif FixMyCourt hari ini.

Vineet Puri, Ketua Wilayah (Malaysia) Fox Network Group berkata “ramai penonton channel foxsport adalah peminat tegar sukan tetapi banyak fasiliti sukan rosak dan tidak diselenggara dengan baik”. Tambahnya menerusi program FixMyCourt fasa pertama ini dapat memberi peluang kepada komuniti bersukan dalam keadaan selamat dan lebih menyeronokkan.

Kempen FixMyCourt menyaksikan Kampung Segambut Dalam terpilih daripada 56 penyertaan gelanggang usang di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Dalam program ini gelanggang uzur ini dinaiktaraf kepada  gelanggang yang lebih canggih dilengkapi dengan kemudahan sukan, lampu serta tiang gol bolasepak mini.

Pengerusi K1M Kampung Segambut Dalam, Datuk Bakhtiar Adnan ketika berucap mendedahkan beliau terkejut dan teruja apabila pihaknya dimaklumkan gelanggang Komuniti itu terpilih oleh FoxSport dalam program ini.

Program fasa kedua kempen FixMySport akan bermula April dan seluruh rakyat Malaysia boleh menyertai program ini dengan memuatnaik gelanggang usang di instagram dengan #FixMyCourt dan #FOXSportsGameOn.

 

Tinggalkan komen anda