Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Siti Fatimah Pelajar Cemerlang STPM 2015 Papar

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
 Oleh Mohammad Abd.Rahman & Asli Ag.Damit (Sabah)

PAPAR, SABAH, 3 Mac (Malaysiaktif) –? Pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Papar, Siti Fatimah Binti Kasamudin, 20, di anugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2015 Negeri Sabah dengan memperolehi PNGK 4.00 yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jamie Alip di Dewan Tun Mustapha, Kudat, Semalam.

Beliau yang berasal dari Kg.Sapat, Papar merupakan anak ke enam dari sepuluh orang adik beradik tidak menyangka tersenarai antara calon STPM Negeri Sabah yang memperolehi PNGK 4.00 dalam aliran sastera dengan mendapat 4A dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Ekonomi.

“Saya sebenarnya terkejut dan keliru apabila dimaklumkan perkara ini dan menjangkakan ianya lebih rendah sehingga saya membuat semakan semula atas talian dan ianya benar.

“Perasaan syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada ibu, Rosmini Baha dan ayah, Kasmudin Ramli, serta semua guru yang membantu saya iaitu Penolong Kanan Pra Universiti, Dg.Nismah, Audrey, Mursyid, Amanda dan Junaidi.

“Melalui kejayaan ini saya berharap akan dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan perakaunan dan seterusnya menceburi bidang berkenaan di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Pengumuman keputusan STPM 2015 mencatatkan Daerah Papar memperolehi kecemerlangan akademik dengan purata peningkatan antara 1 hingga 3.2 peratus berbanding tahun 2014.

Antara 6 buah sekolah mendapat keputusan 100 peratus cemerlang, SMK Agama Limauan, Kimanis dengan gred purata (GPS) 2.90, SMK Majakir 2.80, SMK Kinarut 3.83, SMK Takis 2.7, SMK Benoni 2.54 dan SMK Bongawan 2.21

 

Tinggalkan komen anda