Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Balikkan Fenomena Gerhana Kepada Allah SAW

By 9 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto : Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 9 Mac (Malaysiaktif) — Banyak  kepercayaan karut dan kurafat masyarakat terdahulu  tentang  pemahaman berhubung gerhana matahari dan bulan. Mereka berkata bulan ditelan matahari dan ada juga yang berkata bulan tengah menyorok.

Menurut Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, apabila agama Islam datang ke negara ini, ia berinteraksi dengan realiti kejadian yang Allah ciptakan, seperti  bulan dan matahari serta seluruh alam. Apabila berlaku gerhana kita disuruh untuk membalikan keajaiban kepada Allah SAW, Pencipta kejadian tersebut.

Tambah beliau, Islam juga mengalakan umatnya mempelajari ilmu astonomi , ilmu sains  untuk memahami setiap pergerakan alam semesta supaya balik kepada hakikat dan bukannya balik kepada kurafat pada setiap kejadian yang Allah ciptakan.

Dr Mohd Asri ditemui selepas selesai menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari yang di imamkan oleh Ustaz Khairul Ikhwan Al- Muqri, Imam Masjid Alwi. Lebih dari 600 orang jemaah hadir di majlis  solat sunat itu.

Tinjauan  Malaysiaktif  di beberapa sekolah di negeri Perlis mendapati banyak yang mengadakan Solat Sunat Gerhana untuk mendidik para pelajar sekolah tentang keagongan ciptaan Tuhan.

Gerhana pagi tadi dapat dilihat di seluruh rantau Asia, termasuk di Indonesia, Brunei, Singapura, China, Pakistan dan Australia.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila tiga jasad besar di angkasa lepas, iaitu bumi, bulan dan matahari berada di dalam kedudukan selari. Gerhana Matahari ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Penduduk di Perlis berpeluang melihat fenomena ini berlaku pada pukul 8.25 pagi.

 

Tinggalkan komen anda