Skip to main content
EkonomiHomeViral

Pertemuan Malaysia-Indonesia Bakal Semarak Eknomi Negara

By 9 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisham Shah (putrajaya/ Foto KKLW

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia, Marwan Jafar telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tengah hari tadi.

Dalam pertemuan yang berlangsung di ibu negara, kedua-dua menteri itu telah berbincang mengenai bidang-bidang kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Menurut Ismail Sabri, ada empat bidang utama yang menjadi fokus dalam perbincangan itu.

“Pertama, isu persempadanan Malaysia Indonesia yang melibatkan kampung-kampung antara kedua-dua negara. Hal ini perlu diatasi bagi memastikan hubungan antara kedua-dua negara mampu terus dikekalkan dalam suasana harmoni.

“Kedua, kita juga berbincang untuk meneroka sektor Perladangan dan Komoditi antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Selain itu, kata Ismail Sabri, sektor Pelancongan Desa yang mempunyai potensi besar yang boleh diteroka bersama turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

“Kerajaan Indonesia juga menunjukkan minat terhadap usaha agensi di bawah KKLW iaitu Felcra dan Risda untuk terlibat dalam kerjasama sektor pekebun kecil,” katanya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri memberitahu, kedua-dua negara telah bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Kerja Peringkat Pegawai diwakili Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan rakan sejawatan dari Indonesia Anuar Sanusi.

Pertemuan antara kedua-dua menteri itu turut dihadiri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.

 

Tinggalkan komen anda