
Oleh Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 16 Mac ( Malaysiaaktif ) — Majlis ‘Insan Rembau Berselawat’ yang berlangsung di sini hari ini menarik kehadiran lebih 2,000 peserta.
Antara yang yang hadir, Undang Rembau Datuk Mohamad Sharif Othman, Menteri Besar Datuk’ Seri Mohamad Hasan, Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaludin, Ahli Exco kerajaan Negeri Sembilan, dan Ketua-ketua jabatan dalam daerah Rembau.