Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Karnival Kerjaya 2016 Tarik 1500 Pencari Kerja Di Kangar

By 26 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan /Foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)

KANGAR, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Perlis yang diadakan sempena National Career Day 2016 bertempat di Pejabat Tenaga Kerja, Bangunan Tun Hj Abd Razak, Kangar hari ini berjaya menarik minat kira-kira 1500 pancari kerja di negeri Perlis.

Karnival anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis ini diadakan buat kali pertama pada tahun 2016 dan ia dijalankan serentak di seluruh negara.

 

20160326_075725

 

Penolong Pengarah Tenaga Kerja, Mohamed Yusof Ab. Hamid berkata sebanyak 1000 kekosongan jawatan dibuka untuk temuduga pada hari ini melibatkan 11 majikan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Antara majikan yang menyertai Karnival Kerjaya 2016 pada kali ini adalah Mattel, Shorubber, Masfloor, Singer, Silterra, MSM Perlis, Jabil, Texas Instrument, Westport Malaysia dan Giant Hypermarket.

Temuduga terbuka dijalankan bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

 

Tinggalkan komen anda