
Oleh Sarah Nur Saad, Mahrani Mohamad, Mohd Rizal Abd Rahman, Hasnol Hadi Hashim (Kulim)
KULIM, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang telah secara rasmi dibuka pada tahun 1996 kini telah berjaya membawa pelaburan mencecah lebih RM 39 bilion.
Menurut Presiden Kulim Technology Park Corporation, Datuk Dr. Haji Annuar Bin Mohd Saffar, dahulu Kulim lebih tertumpu pada pertanian getah dan kelapa sawit, namun kini hasil penubuhan KHTP, penambahan penduduk di Kulim semakin meningkat secara mendadak ekoran penambahan peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian.
Tambah beliau lagi, sehingga kini lebih 30,000 peluang pekerjaan telah diberi untuk rakyat terutamanya warga muda.
Antara syarikat yang turut bertapak di KHTP adalah First Solar Malaysia Sdn. Bhd., Intel Products (M) Sdn. Bhd., SilTerra Malaysia Sdn. Bhd., dan banyak lagi.