
Oleh Sarah Nur Saad, Mahrani Mohamad, Mohd Rizal Abd Rahman, Hasnol Hadi Hashim (Kulim)
KULIM, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Kompleks Sukan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) kini dilengkapi dengan 4 gelanggang futsal, 6 gelanggang badminton selain gelanggang tennis dan kemudahan wall climbing.
Menurut Presiden Kulim Technology Park Corporation, Datuk Dr. Haji Annuar Bin Mohd Saffar, rancangan akan datang adalah membina padang bola sepak bersebelahan Kompleks Sukan ini.
Tujuan cadangan ini adalah bagi menjadikan Kompleks Sukan ini sebagai tumpuan umum penduduk sekitar selain menambahkan lagi pusat rekreasi di Kulim.
Tambah beliau lagi, cadangan ini diharapkan mendapat sokongan daripada kerajaan khususnya perhatian daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah bagi merealisasikan matlamat ini.
Selain padang bola sepak, tanah seluas 7 ekar turut diperuntukkan bagi kemudahan sukan lain seperti bola tampar, bola keranjang dan banyak lagi.