Skip to main content
HomeViral

Muhyiddin, Mukhriz Berdepan Risiko Digantung Parti – Ku Nan

By 30 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 30 Mac (Malaysiaktif) –? Penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Kongres Rakyat 2016 baru-baru ini boleh menyebabkan mereka digantung parti.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, sekarang ini mereka jelas duduk di pentas pembangkang dan sepatutnya kalau mereka tidak bersetuju dengan Umno, mereka elok keluar dari parti itu.

Beliau berkata keputusan berhubung status mereka akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuarat akan datang.

Tengku Adnan berkata semua laporan tentang perkara itu telah dihantar kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO.

Sementara itu, beliau turut menyentuh isu Millah Abraham, suatu ajaran yang diwartakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor kerana mempercayai adanya rasul selepas Nabi Muhammad, syirik dan memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri.

“Memang ada tiga buah surau yang telah memulakan gerakan. Kita dah sedar tujuh hingga lapan bulan lepas. Ada juga klinik gerakan Al-Arqam dibawa dengan nama lain.

“Cara penyebaran adalah dengan menggunakan surau. Orang Melayu diharap jangan terjerumus dengan konsep ‘mudah’ mereka, mudah nak kahwin, mudah nak sembahyang, mudah macam-macam,” ujarnya.

Beliau ditemui setelah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2015 di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Adnan turut melancarkan SYNC (School Messaging App) yang membolehkan pihak pentadbir sekolah menghantar maklumat penting, seperti pengumuman, jadual waktu, dan keputusan peperiksaan terus kepada ibu bapa.

 

Tinggalkan komen anda