Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Hadiah Kereta Menanti Peserta Perlis Marathon 2016

By 30 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Anuar Che Amat (Kangar)

Kuala Lumpur, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Kereta Peugeot 408 Turbo yang bernilai lebih dari RM100,00.00 sumbangan NAZA Group menanti peserta Perlis Marathon 2016.

Larian yang akan berlangsung pada 29 Mei 2016 (Ahad) bertempat di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man di Publika, Solaris Duta Emas, Kuala Lumpur.

Azlan berkata, peserta layak menyertai Hadiah Utama Cabutan Bertuah kereta Pugeot 408 dengan syarat, para peserta di semua kategori menamatkan larian tersebut.

Azlan Menunjukkan isyarat bagus di hadapan hadiah utama cabutan bertuah

Azlan Menunjukkan isyarat bagus di hadapan hadiah utama cabutan bertuah

Larian ini di anjurkan oleh Koridor Utara Malaysia bersama UEM GroupĀ sempena Sambutan Bulan KeputeraanĀ  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang ke 73 tahun.

Azlan berharap larian ini dapat menarik seramaiĀ lebih dariĀ  5 ribu orang peserta. Ini merupakan larian kali kedua selepas kejayaan kali pertama yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis tahun lepas, yang telah dapat menghimpunkan seramai lebih 4 ribu orang perserta dari 21buah negara ujarnya lagi.

Larian Marathon 2016 pada tahun ini akan melibatkan beberapa kategori larian antaranyaĀ Ā :-
1. Terbuka Lelaki Antarabangsa
2. Terbuka Wanita Antarabangsa
3. Terbuka Lelaki Veteran
4. Terbuka Wanita Veteran
5. Lelaki Malaysia Terbaik
6. Wanita Malaysia Terbaik
7. Kategori Remaja Lelaki (bawah 18 Tahun)
8. dan Kategori Remaja Perempuan (bawah 18 Tahun).

Nilai hadiah keseluruhan pada acara marathon pada tahun ini adalah sebanyak 166,200 dollar Amerika.

Menteri Besar Perlis jugak berkata, para perserta larian tidak perlu bimbang mengenai cuaca panas sekarang kerana di jangkaĀ cuaca di Negeri Perlis akanĀ  kembali seperti biasa pada sekitar bulan Mei. Beliau sangat berharap penganjuran larian ini dapat memberi manafaat ekonomi kepada penduduk- penduduk negeri di samping memberi peluang kepada para perserta untuk melihat keindahan negeri Perlis.

Turut hadir di majlis itu adalah Tuan Abdul Jamil Saad, Exco Belia Negeri Perlis, Datuk Redza Rafiq, KetuaĀ  Pegawai Eksekutif Koridor Utara Malaysia,Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, PengerusiĀ UEM Berhad dan Encik Roslan Ghani, Ketua Pegawai Operasi NAZA BerhadĀ dan para barisan Exco-Exco Negeri Perlis serta pegawai- pegawaiĀ  Kerajaan Negeri Perlis.

Tinggalkan komen anda