Skip to main content
Berita TempatanMelakaViral

Usahawan Berjaya Perlu Ada Daya Saing Tinggi

By 29 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Usahawan kini perlu memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi di samping mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi serta pengurusan perniagaan.

Demikian kata Pengerusi Puspanita Melaka, Datin Wira Hajah Rafeah Hanim Haji Johari ketika berucap dalam Seminar Keusahawan dan Kecantikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pagi tadi.

AjlMNQ750OtPCOa-Yk5baIc3FnH8WepIhPiLUl0hOAu_

Datin Wira Hajah Rafeah Hanim ketika memberikan ucapan di Seminar Keusahawanan dan Kecantikan di MITC.

 

“Cabaran bagi melahirkan ramai usahawan menjadi semakin hebat, oleh itu kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata tetapi juga perlu memberi perhatian kepada usaha membentuk usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saingΒ  yang tinggi serta mempunyai pengetahuan dan ilmu dalam aspek pengurusan perniagaan,” jelas Hajah Rafeah.

Tambahnya, amalan penjagaan kesihatan yang baik juga penting kerana sememangnya hanya pekerja yang sihat mampu menghasilkan kerja yang bermutu dan produktif.

“Wanita yang leka dengan aspek kesihatan akibat kesibukan tugasan dan kerja harian dinasihatkan agar mengubah gaya hidup sebelum ini dengan bersenam serta mengambil makanan berkhasiat,” ujarnya.

Seminar anjuran Puspanita Cawangan Melaka ini merangkumi pelbagai aktiviti berkaitan dengan kesihatan, kecantikan dan keusahawanan khusus untuk wanita yang bekerja, suri rumah dan pesara. Program ini berjaya menarik perhatian lebih 500 orang wanita yang ingin mempelajari petua menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Tinggalkan komen anda