Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Muzium Orang Asli Jeli Sebagai Pusat Penyelidikan Sejarah

By 28 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Mohd Sanusi Bin Ariffin/Mohd Noor Mahmuddin Bin Mohd Mahlil (Jeli)

JELI, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kedua yang menjadi populasi penduduk Daerah Jeli. Kaum Orang Asli lebih ramai berbanding kaum Cina dan India di sini. Kedudukan daerah Jeli terletak di pinggir banjaran Titiwangsa yang bermula di sekitar Gubir Perak menghala ke Selatan melalui Grik, Ipoh, Bidor, Cameron Highlands, Gua Musang dan terus menganjur ke Raub dan Tanjong Malim.

Tidak hairanlah kawasan ini menjadi penempatan utama komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Namun kewujudan komuniti Orang Asli di Jeli kurang popular berbanding di Gua Musang, Kelantan.

Mungkin faktor modenasasi dan jumlahnya yang lebih kecil serta penempatannya yang berhampiran sempadan Perak telah memendapkan kewujudan Orang Asli di Jeli.

Hakikatnya ikon kewujudan komuniti Orang Asli di Jeli ditranslasikan dengan berdirinya sebuah Muzium Orang Asli di sini yang terletak di tengah pusat bandar Jeli.

Mohd Azri Daud, Pembantu Kurator Muzium Orang Asli Jeli, Kelantan

Mohd Azri Daud, Pembantu Kurator Muzium Orang Asli Jeli, Kelantan

Menurut Mohd Azri Daud, Pembantu Kurator Muzium, Sejarah Muzium Orang Asli Jeli bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu. Muzium ini berada di tengah-tengah daerah Jeli. Pada mulanya muzium ini adalah Pusat Pameran dan Kraftangan Orang Asli. Selepas itu, muzium ini dinaik taraf pada tahun 2011 dan sehingga kini dikenali sebagai Muzium Orang Asli.

“Objektif penubuhan Muzium Orang Asli Jeli ini adalah bagi mengabadikan sejarah silam masyarakat Orang Asli sebagai bahan sejarah, pusat penyelidikan sejarah dan budaya serta latar belakang masyarakat Orang Asli dan mengumpul, memelihara serta mempamerkan semula segala bentuk warisan budaya peninggalan Orang Asli yang merupakan penduduk asal Jeli,” tambah beliau.

Muzium dibuka kepada orang ramai pada hari Ahad hingga Khamis secara percuma.

Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat sahih berkenaan Orang Asli di Malaysia sebagaimana termaktub di dalam Undang-undang Malaysia melalui Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), semakan 1974.

Sehingga kini dianggarkan terdapat kira-kira 180, 000 Orang Asli yang mewakili 0.01% populasi penduduk negara ini. Mereka kebanyakannya mendiami beberapa kawasan mengikut demografi kumpulan masing-masing.

Tinggalkan komen anda