Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

Inovasi Sosial Cetus Kreativiti Pelajar

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah  (Setiu)

SETIU, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Parlimen Setiu, Terengganu telah diplih menjadi negeri perintis ke-4 kepada program Inovasi Sosial Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) selepas Kedah, Melaka dan Sabah.

Program dibawah Kementerian Teknologi dan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Parlimen Setiu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua setiausaha MOSTI, YBhg Professor Madya Dr Ramzah Dambul.inovasi9

Dalam ucapan beliau menekankan keperluan dan pendedahan kepada generasi muda khasnya kepada golongan para pelajar, dan tidak meletakkan subjek Sains sebagai satu subjek yang sukar.

“Dalam suasana pembelajaran yang semakin sukar dan mencabar, para pendidik khasnya para guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam memupuk minat para pelajar dalam matapelajaran ini. Seperti yang dilihat pada masa dahulu, ramai ilmuan-ilmuan Islam yang lahir daripada kepesatan teknologi.” Ujar beliau lagi di Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat Setiu.

Dalam karnival ini juga sebanyak 8 buah sekolah rendah dan 6 sekolah menengah seluruh Parlimen Setiu hadir menyertai pertandingan inovasi yang diadakan dengan membawa pelbagai inovasi teknolgi masing-masing. Karnival semalam turut dihadiri Ahli Parlimen Setiu, YB Che Mohamad Zulkifly Jusoh selaku pengerusi bersama karnival.

Tinggalkan komen anda