Skip to main content
Viral

Rekod Suhu Panas Chuping Bakal Dicabar Alor Setar?

By 19 Mac 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhammad Rizal Redzua (Kangar/Alor Setar)

KANGAR, 19 Mac (Malaysiaaktif) — Rekod suhu tertinggi di Malaysia yang pernah dicatatkan di Chuping , Perlis mungkin akan diatasi tahun ini oleh Alor Setar.

Berdasarkan suhu yang disukat di Lautan Pasifik 0.2°C lebih tinggi daripada 1998, tidak mustahil suhu semasa berlaku fenomena ekuinoks (matahari berada tepat di atas kepala) tahun ini akan lebih tinggi.

Kelmarin, suhu yang dicatatkan di Alor Setar lebih tinggi,  iaitu 38.8°C berbanding 38.5°C di Chuping.

 

IMG-20160319-WA0002

Muhammad Khalil Ab Aziz: “suhu panas tahun ini dijangka naik antara 0.5°C hingga 2°C berbanding 1998.”

 

Pengarah Jabatan Meteorologi Perlis, Muhammad Khalil Ab Aziz memberitahu Malaysiaaktif  kelmarin bahawa suhu panas tahun ini dijangka naik antara 0.5°C hingga 2°C berbanding 1998.

Menurut beliau lagi, suhu panas yang dicatatkan berikutan impak El Nino di Lautan Pasifik tahun ini adalah 2.34°C berbanding 2.31°C pada 1998.

Justeru, suhu dijangka melebihi 40°C semasa ekuinoks berdasarkan peningkatan di Lautan Pasifik yang ditambah kesan El Nino, di mana tiada hujan dan tiupan angin perlahan.

 

IMG-20160319-WA0024

Wartawan Malaysiaktif, Muhammad Rizal Redzuan meninjau kawasan kontang di Kedah.

 

Katanya lagi, El Nino tidak berlaku setiap tahun kerana fenomena alam tidak seragam. El Nino berlaku selang dua hingga tujuh tahun sekali, manakala ekuinoks berlaku dua kali setiap tahun, sekitar Mac dan Jun. Tahun ini, ekuinoks kedua dijangka berlaku pada 22-24 Jun.

Ekuinoks tanpa El Nino tidak akan memberi banyak kesan kepada peningkatan suhu dan ia berlaku hanya beberapa hari. Ekuinoks dengan El Nino ekstrem sekarang akan meningkatkan sedikit lagi suhu panas yang sedang melanda kerana matahari akan berada tegak di atas kepala.

Menurut Khalil, sepanjang 1997 hingga 2016 telah berlaku tiga kali fenomena El Nino, setiap kali dalam jangkamasa 12 hingga 18 bulan, tetapi tidak diuar-uarkan kepada umum kerana kesannya tidak signifikan.

IMG-20160319-WA0031

Sekiranya suhu permukaan laut naik lebih daripada paras biasa, iaitu 0.5°C secara tetap selama enam bulan, ia dipanggil El Nino. Apabila suhu permukaan laut berada di bawah paras biasa, ia dikenali sebagai La Nina.

Khalil berkata, selepas ekuinoks ini, kita akan memasuki monsun peralihan antara monsun timur laut yang di jangka berakhir awal April dan monsun barat daya yang dijangka berlaku pada Jun. Sepanjang monsun peralihan cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari dan hujan dengan ribut petir pada waktu petang.

 

Tinggalkan komen anda