Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sibu-PM lancar perkhidmatan Bas Sekolah anggota ATM.  

By 26 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Pelancaran Perkhidmatan Bas Sekolah ATM disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia bertempat di Dataran Oya Kem.

Kemudahan bas sekolah kepada anak-anak anggota ATM yang sebelum ini menaiki trak dan kenderaan tentera untuk ke sekolah.

Dengan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 11,275 orang anak anggota ATM dengan perlindungan insurans yang merangkumi 76 kem di seluruh negara. Ini bertujuan membantu meringankan beban anggota ATM untuk urusan menghantar anak ke sekolah di samping itu mengurangkan kadar risiko kemalangan melibatkan anak-anak anggota ATM yang sebelum ini menaiki trak dan kenderaan tentera untuk ke sekolah.

 

20160326001621

 

Dalam lawatan beliau terdahulu daripada itu beliau beramah mesra bersama 1600 anggota ATM di Dewan Kem Oya.Dalam pada itu juga PM meluluskan peruntukan sebanyak 5 ratus ribu untuk pembangunan SK Batu 10 Kem Oya.

Turut hadir ialah YB Dato’Seri Hishammudin Tun Hussein Menteri Pertahanan Malaysia YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Mersing Menteri Pembangunan Tanah Sarawak,Datuk Wira Mohd Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia Jeneral Tan Sri Rajà Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor Penglima Tentera Daratdan Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Haji Mokhtar  Panglima Medan Timur Tentera Darat serta pegawai-pegawai kanan Tentera dan awam.

Selepas selesai perjumpaan dengan anggota ATM Beliau dan rombonga Perdana Menteri turut diberi taklimat berkenaan pembangunan infrastruktur dan prasaranayang sedang giat dijalankan di Kem Oya. Selain itu ia turut diadakan adalah Karnival Hari Keluarga 9 Briged yang bersempena dengan pelancaran ini yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti pameran peralatan senjata,gerai-gerai jualan dan acara kanak-kanak.

Tinggalkan komen anda