Oleh Mohd Faisal Ishak (Seremban)
SEREMBAN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Berbeza utara Semenanjung teruk dilanda kemarau, hujan dan angin kencang seawal 5.00 petang tadi mengakibatkan banyak khemah niaga di tapak pasar malam Ampangan diterbangkan oleh ribut.
Angin kencang turut menerbangkan bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Ampangan. Menurut seorang guru, Anieza Salam kejadian tersebut mengakibatkan bumbung bilik guru diterbangkan oleh angin kencang.
Antara tempat lain yang turut terkesan dengan ribut sebentar tadi adalah sekitar Paroi Jaya dan Kampung Dusun Nyior.