Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pesta Persukuan Adat Perpatih Menghidupkan Warisan Budaya

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sapar Sutir (Rembau)    

REMBAU, 11 Apr  (Malaysiaaktif ) — Adat Perpatih sinonim dengan identiti Negeri Sembilan kerana keunikan budaya yang diwarisi turun temurun itu kental menjadi teras cara hidup dan kebanggaan masyarakat.

Walaupun keturunan yang mengikut nasab ibu adalah tonggak kepada kesinambungan pegangan turun temurun ini, namun masih ramai yang tidak memahami intipati adat itu sendiri. Masyarakat luar, terutamanya anak-anak muda Negeri Sembilan di perantauan masih keliru dengan beberapa peraturan dalam adat perpatih yang dikatakan tidak mengikut hukum syarak.

 

Perasmian oleh Dato Undang Luak Rembau

 

Sehubungan itu, penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih pada Sabtu lepas merupakan antara usaha tahunan untuk mengetengahkan pegangan warisan ibunda ini. Ia memberi ruang kepada masyarakat adat dan masyarakat luar supaya mendekati dan memahami Adat Perpatih.

Inisiatif memperkasakan Adat Perpatih sebagai pemangkin kemasyarakatan yang menjadi nadi kehidupan seharian ini menyerlahkannya kepada generasi muda, selain sebagai aset pelancongan negeri.

Pesta berwarna-warni yang dihadiri lebih 2,000 orang ini berlangsung di Dataran Rembau dan dirasmikan oleh Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman. Ia dianjurkan oleh Lembaga Muzium N.Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Rembau serta Balai Undang Luak Rembau.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda