Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Semarak K1M Jempol Disertai Semua kaum

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 600 orang hadir di Padang Awam Rumah Rakyat Jambu 8, Bahau Jumaat lepas bagi memeriahkan Program Semarak Komuniti 1 Malaysia (K1M ) Daerah Jempol.

Program tersebut dihoskan oleh K1M Penarikan Jambu Lapan sebagai tuan rumah Program Semarak K1M tahun ini dengan kerjasama Jabatan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Pelbagai acara menarik diadakan, antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak, sukananeka, futsal dan pertandingan tarik tali.

 

IMG-20160409-WA0033

 

Turut diadakan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kolej Komuniti, Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jempol, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

Program juga menyaksikan penyampaian watikah pelantikan K1M Bukan Melayu kepada K1M Penarikan Jambu 8, K1M Taman Meranti dan K1M Taman Jaya.

 

 

Menurut Ahli Jawatankuasa K1M Penarikan Jambu 8, Mohamad Nor Ujang, “Perpaduan erat ketiga-tiga masyarakat Melayu, Cina dan India dapat dilihat pada program Semarak kali ini. Mereka mengambil bahagian dalam semua acara dan melakukan gotong royong memasak bersama-sama tanpa mengira kaum.”

Program ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda