Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

K1M Wadah Penyatuan Masyarakat Berbilang Kaum

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 11 Apr (Malaysiaaktif) — Kepelbagaian kaum dan agama merupakan antara set berharga bagi negara ini dan sehubungan itu sensitiviti yang meniti perbezaan sesama masyarakat amat perlu dijaga.

Dengan kesedaran ini, badan bukan kerajaan (NGO) Komuniti 1Malaysia (K1M) di bawah kelolaan Jabatan Penerangan memainkan peranan penting dalam usaha menyatupadukan masyarakat melalui program-program yang dilaksanakannya.

Justeru, semalam K1M Taman Paya Rumput Permai mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan.

 

image

 

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Nor Samion, 52, program K1M akan terus diberi keutamaan kerana ia berkesan dalam konteks perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi K1M Taman Paya Rumput Permai, Ganes Rethanam, 54, berkata dengan sokongan yang diberikan melalui pelbagai program beliau pasti dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan lagi semangat 1Malaysia.

 

image

 

Gotong royong ini menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat pelbagai kaum. Turut hadir membuat kerja pembersihan, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kawasan Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini anjuran bersama K1M, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah.

-DZ/AH/ AAS

Tinggalkan komen anda