Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Semua Projek Mega Dihentikan, Elak Pembaziran – Adenan

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Muhammad Rizal Redzuan

KUCHING, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) berupaya mengurangkan tarif elektrik dan menghapuskan tol di Sarawak kerana pengurusan kewangan negeri yang bijaksana.

Demikian tegas Tan Sri Adenan Satem dalam program Ketua Menteri bersama Media yang berlangsung di DUN Lama semalam.

“Semua projek mega termasuk empangan dihentikan bagi mengelakkan pembaziran. Hasil royalti air dikembalikan kepada rakyat melalui penghapusan tol dan penurunan tarif elektrik.

Tambahnya, pembangkang boleh menjanjikan bulan dan bintang seperti mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan awam percuma kepada rakyat.

“Kalau benar pembangkang mampu berbuat demikian, kenapa tiada perkhidmatan awam percuma di Selangor atau Pulau Pinang?

Bagaimana mungkin perkara ini berlaku sedangkan mereka gagal menguruskan parti dengan baik? Pembangkang gagal berkompromi dalam pembahagian kerusi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan seperti N.78 Mulu, N.75 Senadin, N.70 Samalaju dan 15 lagi kawasan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiaaktif, Adenan berkata konflik dan pergaduhan sesama sendiri pembangkang amat baik buat BN.

“Bagi BN ini yang terbaik dapat dilakukan dengan kompromi antara BN. Kita tidak boleh mendapat semua yang kita hajati dan inilah pembahagian yang terbaik.

“Setakat ini belum ada calon pembangkang yang memberi kebaikan atau pembangunan kepada Sarawak.

Adenan menyifatkan pembangkang ini mempunyai matlamat yang berlainan walaupun tidur sebantal.

Beliau mengganggap prestasi jentera kempen BN yang dikenali sebagai Adenan Team sangat bagus. Jika pemilih mengundi mana-mana pasukannya bererti mereka mengundinya. Beliau tak mampu bekerja seorang diri, semuanya perlu dilakukan bersama ahli kumpulan.

“Bagi kes poster dikoyak di beberapa tempat, ini kes vandalisme bukan sabotaj mana-mana parti. Bukan hanya pembangkang, poster BN juga dirosakkan. Kebarangkalian juga kerana angin dan hujan lebat,” jelas Adenan.

 

SF

Tinggalkan komen anda