Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Ganjaran Wang Lapor Perbuatan Cemar Sungai – Idris

By 27 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

Melaka, 27 Apr (Malaysiaaktif) — Kerajaan negeri menimbang untuk memberikan ganjaran wang tunai kepada mereka yang melaporkan perbuatan mencemarkan sungai dan bekalan air di negeri ini.

Ini berikutan pencemaran bekalan air sungai gadek oleh perusahaan keli yang pernah dilaporkan oleh Malaysiaaktif baru-baru ini menyebabkan banyak air yang seharusnya disimpan terpaksa dibuang dan dibersihkan.

“Mungkin kita akan mengambil langkah alternatif seperti bina telaga tiub namun paling penting kita semua mesti jimat dalam penggunaan air mulai sekarang,” ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Menurutnya , bekalan air yang dimiliki Melaka tidak akan mampu bertahan sehingga September sekiranya cuaca panas berlarutan sehingga tempoh itu.

Idris berkata sebanyak 200 juta gelen air sehari sedang dipam dari Empangan Jus ke Empangan Durian Tunggal bagi menstabilkan bekalan air yang menghampiri tahap kritikal di empangan tersebut.

Berdasarkan laporan Badan Kawal Selia Air Melaka hari ini, paras air di Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah pada tahap 40.6 peratus, Empangan Jus di Jasin (71 peratus) dan Empangan Asahan di Jasin (83.6 peratus).

Idris berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri petangtg tadi.

 

AAS

 

Tinggalkan komen anda