Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ketibaan Konvoi Kembara Kebajikan Singgah Di Pasir Puteh

By 5 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ruslan Abd Rahman, Nur Shafira Bt Mat Hussin, Azmi Abd Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 60 orang peserta konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia 2016 singgah di Pasir Puteh bagi melengkapkan destinasi kembara yang bermula di Lundu Sarawak dan kemudian bergerak ke serata pelosok negara. Konvoi ini di jangka menamatkan jelajah kembara di Bagan Datoh, Perak pada 9 April.

Konvoi tersebut menyusuri negeri-negeri Pantai Timur dan Pasir Puteh menjadi destinasi pertama bagi negeri Kelantan.  Mereka tiba di sempadan Bukit Yong yang merupakan sempadan Terengganu-Kelantan pada pada kira-kira pukul 3.00 petang semalam dengan disambut paluan kompang dan persembahan silat oleh ahli-ahli Persatuan Silat Lepah Jati.

 

Konvoi Kembara2

 

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pasir Puteh, Azizan Abdul Aziz berkata matlamat Kembara Kebajikan 1Malaysia 2016 adalah untuk menerapkan semangat sukarelawan dalam kalangan rakyat. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga ingin memberi penerangan berkaitan bantuan dan kemudahan di bawah kelolaan mereka, termasuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) atau MAYANG Daerah Pasir Puteh, Zawawi Haji Othman berkata dengan adanya konvoi seperti ini diharapkan rakyat sentiasa maklum bahawa kerajaan prihatin akan kebajikan dan permasalahan di akar umbi.

“Perbezaan fahaman politik bukan halangan bagi kerajaan membantu rakyat yang memerlukan. Keprihatinan Kerajaan juga ditonjolkan melalui pelbagai bantuan di bawah penyelian Jabatan Kebajikan Masyarakat, seperti Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan Bantuan Orang Tua (BOT),” ujarnya ketika berucap mengalu-alukan ketibaan konvoi.

Kehadiran konvoi juga diraikan dengan acara memotong pulut kuning sempena menyambut genap 70 tahun penubuhan JKM. Para peserta konvoi yang diraikan terdiri daripada anggota pelbagai agensi, badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan.

Perlepasan menuju daerah Machang disempurnakan oleh Zawawi sendiri.

 

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda