Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Maut Ditikam Ketika Makan Malam

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

– Gambar hiasan

 

 Oleh: Md. Zabata Ibrahim

GEORGE TOWN, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki maut ditikam di sebuah restoran yang terletak di Lebuh Maccalum pada lewat Selasa.

Mangsa, Lim Cheong Wah, 58, dikatakan telah ditikam seorang lelaki di bahagian belakang badan ketika sedang menikmati makan malam.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertindak menahan lelaki berkenaan, sebelum menyerahkannya kepada polis.

Menurut Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farudalathrash Wahid, suspek yang berusia 42 tahun telah ditahan dan akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, siasatan awal pihak polis mendapati suspek mengalami masalah mental.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan pisau yang tertusuk di belakang badan, namun meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Tinggalkan komen anda