Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

SKMM Saran Titik Berat Keselamatan Internet

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Abdul Rahman

JASIN, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Kira-kira 100 peserta yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli-ahli Kelab 1Malaysia daripada empat buah sekolah di sini menyambut baik saranan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menitikberatkan keselamatan internet.

Penolong Pengarah SKMM Melaka, Izhar Abdul Rahman menasihatkan peserta-peserta program ini agar tidak mudah terpengaruh dan percaya sepenuhnya kepada maklumat yang disebarkan tanpa menyelidiknya terlebih dahulu.

Izhar juga melarang penyebaran maklumat palsu dan perkongsian maklumat peribadi di internet kerana pelbagai kes jenayah yang berlaku bermula akibat banyak berkongsi hal peribadi dalam talian.

Program Taklimat Klik Dengan Bijak ini merupakan siri kedua pelaksanaannya anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jasin dengan kerjasama SKMM yang diadakan di Dewan SMK Dang Anum di sini semalam.

Program ini diadakan bertujuan memberikan kesedaran kepada peserta-peserta khususnya ahli-ahli Kelab 1Malaysia tentang bahayanya penyalahgunaan internet dan penyebaran maklumat secara berlebihan di internet.

Tinggalkan komen anda