Oleh: Mohd Baharruddin bin Mohamad
KUCHING, 7 Apr (Malaysiaaktif) – 10 buah pintu Rumah Panjang Anthony anak Penghulu Anjut di Nanga Nirok, Konowit telah hangus terbakar malam tadi.
Menurut Pegawai Unit Balai Ibu Pejabat Polis Kanowit, Koperal Mohamad Faizal Ajol, kebakaran tersebut berpunca daripada generator di luar rumah panjang tersebut yang mengakibatkan litar pintas pada wayar elektrik.
Tambahnya, perjalanan anggota bomba dan penyelamat ke tempat kejadian memgambil masa selama tiga jam.
“Tiada kemalangan jiwa berlaku. Kira-kira 70 orang mangsa kebakaran ditempatkan di pusat pemindahan penempatan sementara di Rumah Bangau dan Sekolah Kebangsaan Nirok,” ujar Koperal Faizal.
Mangsa, Kape anak Gasai berkata kebakaran tersebut bermula di rumah nombor lima iaitu rumah Richard anak Klivet. Api marak dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Ngemah, Alexander Vincent menghulurkan sumbangan sebanyak RM30 000 selain membantu meratakan tapak baharu kawasan rumah panjang tersebut.