
Oleh Sharifah Hazwani Syed Mahusin / Mazlina Abdul Aziz (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Masyarakat, terutamanya ibu bapa digesa memastikan warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan layak mengundi supaya berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Pengerusi Amanah Yayasan Kepong, Datuk Seri Rizuan Abdul Hamid dalam satu Majlis Penerangan Perdana semalam di Dataran Pangsapuri Mutiara Magna, Kepong berkata rakyat perlu sedar mengundi adalah satu tanggungjawab dan mereka perlu menunaikan hak mereka sebagai warganegara.
Majlis ini dihadiri Persatuan Penduduk Mutiara Magna, Yayasan Kepong, SPR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Penerangan WPKL dan Komuniti 1Malaysia Taman Fadason.
Dalam majlis ini, 10 orang golongan asnaf menerima sumbangan.