Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

220 Orang Penunggang Dapat Lesen Motor di Bemban

By 2 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 2 Apr (Malaysiaaktif) — Seramai 220 orang peserta pelbagai kaum berjaya memiliki lesen motor (P) sempena sambutan 70 tahun Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan diraikan dalam Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) anjuran JPJ negeri Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Arifin Che Mad berkata, beliau amat memberi perhatian dalam menyelesaikan masalah berkaitan lesen memandu dan saman serta ingin merapatkan kembali hubungan antara JPJ dan masyarakat melalui program SKSJ ini.

Antara objektif utama program ini adalah menarik perhatian peserta yang tidak mempunyai lesen serta mempunyai masalah lesen memandu terutama kepada warga emas pelbagai kaum di DUN Bemban.

Program Jelajah Kampung JPJ Bersama Rakyat dijangka akan diadakan pada Ogos 2016 turut mempunyai objektif yang sama.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Datuk Ng Choon Koon.

 

Tinggalkan komen anda