Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

[VIDEO] Pesta Songkran 2016 Disambut Lebih 5,000 Di Chuping

By 12 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto : Anuar Che Amat

KANGAR, 12 Apr (Malaysiaaktif)  — Lebih 600 orang penduduk terdiri daripada anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya menerima sumbangan sempena Pesta Songkran Negeri Perlis Sabtu lepas. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad.

Wakil Persatuan Kebajikan Siam Bersatu Negeri Perlis (KESITUS) Catri a/l Sing mengucapkan rasa terima kasih kepada kerajaan Negeri Perlis di atas sumbangan tersebut.

DSC_2168(1)

Menurut  beliau, pesta yang disambut meriah di Wat Suwankhiri, Gua Musang, Chuping ini merupakan perayaan menyambut Tahun Baru bagi masyarakat Siam.

Dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Titi Panjang, Khaw Hock Kong, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata walaupun terdapat perbezaan dari segi agama, namun keamanan dan keharmonian terserlah  di Malaysia.

 

 

Pesta yang disambut selama empat hari tiga malam ini dan akan berakhir pada 13 April. Ia merupakan simbolik kepada beberapa siri acara yang akan diadakan di beberapa tempat di Perlis.

Antara acara yang diadakan sepanjang majlis ini termasuk pentunjukan tarian kebudayaan  oleh masyarakat Siam dan Melayu serta penyampaian penghargaan kepada seramai 10 orang pemimpin masyarakat.

Turut hadir bersama lebih 5,000 anggota masyarakat Siam dari seluruh Malaysia, Senator Datuk Seri Boon Som Inong.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda