Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pentarama Jelajah Tiga Lokasi Di Daerah Jempol

By 12 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Buat pertama kalinya Pentarama Jabatan Penerangan  mengadakan persembahahan sebanyak tiga kali di daerah Jempol. Ia bermula di Dewan Terbuka  Jambu Lapan pada 9  April, seterusnya di Padang Awam Palong 8 dan terakhir di Palong 13 pada 12 April.

IMG-20160411-WA0002

Di Palong 8, lebih 1500 orang membanjiri padang awam Palong 8 untuk menyaksikan  persembahan Pentarama yang julung kali diadakan di sini. Pentarama merupakan hiburan pentas berpaksi penyampaian maklumat rasmi kerajaan secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat.

“Kami merasa sangat teruja dengan kehadiran pentarama di kampung kami dan tidak melepaskan peluang keluar beramai-ramai, ” kata Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Jeram Panjang, Uyop Sani.

Pentarama di Palong 8 turut dihadiri oleh oleh Ahli Palimen Jempol, Tan Sri Haji Mohd Isa Abdul Samad, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Palong, Datuk Lilah Yassin.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda