
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
Terdapat kecenderungan dalam kalangan rakyat di negara ini untuk menukar kerajaan kerana terpengaruh dengan âjarumâ pembangkang yang menganggap Barisan Nasional (BN) telah hilang daya kepimpinan serta terjebak dalam pelbagai korupsi dan penyelewengan. Justeru, golongan terbabit berpendapat pakatan pembangkang harus diberi peluang memerintah negara ini supaya pentadbiran dibersihkan dari korupsi dan idea-idea baharu dapat dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.
Ada beberapa perkara ingin penulis jelaskan terhadap pandangan golongan terbabit. Memang pada asasnya dalam  negara demokrasi rakyat mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih dan menentukan kerajaan melalui proses pilihan raya. Namun, dalam melaksanakan hak ini rakyat perlu matang dan rasional dalam menentukan kerajaan yang akan memerintah.
Rekod dan kemampuan kerajaan  sedia ada dalam memberi khidmat kepada rakyat harus dinilai dengan adil. Ini penting supaya rakyat tidak tersalah pilih dan menjadi mangsa permainan politik pembangkang semata-mata.
Kepemimpinan masih dinamik
Apakah benar kerajaan BN yang telah lama memerintah itu telah hilang daya kepimpinannya? Jika benar, apakah  buktinya? Apakah pandangan mereka itu benar-benar hasil dari penyelidikan yang adil atau ia hanya lahir dari politik kebencian yang ditanamkan oleh pembangkang terhadap kerajaan. Apakah benar kerajaan hari ini tidak lagi mempunyai idea yang bernas untuk memajukan negara dan rakyat?
Bukankah pelbagai bentuk transformasi yang dilaksanakan kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Plan Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelbagai idea terkandung di dalamnya adalah bukti daya kepimpinan BN masih utuh. Kerajaan tidak pernah ketandusan idea dalam memberikan ânafas baruâ dalam pentadbirannya. Banyak idea-idea baharu itu pula selari dengan tuntutan zaman (perubahan global) .
Untuk anak-anak muda, pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan untuk memperkasa belia di negara ini. Selain pemerkasaan pendidikan, pelbagai usaha inovatif diperkenalkan kerajaan seperti menubuhkan âMyCreative Venture Capitalâ bagi menggalakkan golongan muda terlibat dalam industri kreatif, Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) bertujuan memberi latihan dan bimbingan kepada para siswazah menganggur bagi menyediakan diri mereka menghadapi dunia pekerjaan. Selain itu, penubuhan âTalent Corporationâ (TalentCorp) juga bertujuan membantu membangun bakat yang ada pada pekerja muda di negara ini.
Untuk mengasah bakat kepemimpinan belia, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menggerakkan Program Parlimen Belia Malaysia sebagai satu platform untuk belia menyuarakan idea dan pandangan. Parlimen Belia yang mengandungi 133 orang belia bagi tempoh 2014-2016 telah pun bersidang buat pertama kalinya di Dewan Rakyat pada bulan Januari yang tahun lalu.
Pengkritik tidak bersikap terbuka
Tuduhan bahawa kerajaan terjebak dalam pelbagai skandal adalah kebanyakannya berdasarkan maklumat tidak sahih yang disebarkan melalui media sosial. Media sosial digunakan oleh golongan yang anti kerajaan untuk menimbulkan âkeganasan persepsiâ terhadap pemimpin kerajaan. Banyak dari tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan fakta yang sahih dan ia bertujuan memberikan imej buruk kepada kerajaan.
Mereka mempertikaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang konon gagal bertindak dengan adil sedangkan agensi itu tidak pernah berdiam diri terhadap laporan penyelewengan atau salah guna kusa sekiranya ia mempunyai cukup bukti. Sudah tentu SPRM tidak boleh melakukan pendakwaan sekiranya tuduhan terbabit hanya berupa persepsi yang tidak berasas atau ia tidak mempunyai bukti yang cukup.
Masalahnya, walaupun sudah dijelaskan ketiadaan bukti yang kukuh tetapi mereka masih mahu mendesak SPRM membuat pendakwaan. Golongan terbabit langsung tidak mahu bersikap terbuka dan menerima kenyataan. Ini menyebabkan spekulasi dan persepsi terus dimainkan.
Nilai kewibawaan pembangkang
Anak-anak muda seharusnya berfikir bahawa menukar kerajaan yang  didorong oleh politik kebencian dan fitnah semata-mata tidak akan menjadikan keadaan  negara menjadi lebih baik. Sebelum memberikan kepercayaan kepada pembangkang, golongan terbabit sepatutnya meneliti dan menilai beberapa perkara berkaitan kewibawaan pembangkang. Apakah pakatan pembangkang itu benar-benar memiliki misi perjuangan nasional yang disepakati, atau mereka masih terperangkap dan terpenjara dalam kepompong ideologi sempit masing-masing?
Apakah sesudah jatuhnya  kerajaan BN nanti gabungan pembangkang itu tidak akan berbalah sesama sendiri untuk menjadi âbig brotherâ dalam kalangan mereka. Apakah mereka tidak akan berbalah dalam menguasai Putrajaya dan berbalah dalam menentukan corak pemerintahan yang ingin mereka amalkan?  Bolehkah DAP dan PKR mengetepikan fahaman masing-masing ? Demikian juga Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan ideologi dan perjuangannya yang tidak jelas? Menurut pemimpin mereka, perjuangan AMANAH berteraskan ISLAM. Soalnya, ISLAM yang bagaimana? Apakah corak fahaman Islam liberal yang mahu diketengahkan?
Tersingkirnya Pas dari pakatan pembangkang disebabkan perbezaan ideologi antara DAP dan Pas. Ia  membuktikan bahawa pembangkang di negara ini tidak mampu bersatu dengan jitu seperti mana yang diamalkan  BN selama ini. Bukankah ada antara parti pembangkang itu yang cenderung kepada sistem republik yang pastinya akan menghapuskan institusi beraja di negara ini? Bagaimana dengan kedudukan Islam sekiranya fahaman sosialis dan liberalisme menjadi roh atau semangat pemerintahan mereka?
Mungkin sekarang mereka boleh berpura-pura menyatakan akan mempertahankannya. Mereka seolah-olah âbertaqiyahâ, iaitu menyembunyikan kepalsuannya yang sebenar. Sedarkah kita bahawa telah banyak kenyataan pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP yang mahukan kedudukan agama Islam, hak istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihapuskan.
Slogan âMalaysia Baharuâ hanya retorik
Jika kita berhujah bahawa pembangkang telah menunjukkan pemerintahan yang baik di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan maka ia sebenarnya satu pandangan yang tidak tepat. Pentadbiran mereka di negeri-negeri terbabit tidak boleh dijadikan ukuran mutlak kerana peranan dan pengaruh kerajaan Persekutuan masih lagi menjadi penentu kepada banyak dasar kerajaan dan kestabilan negeri-negeri tersebut.
Lagi pun mereka memerintah dengan ideologi politik mereka yang berbeza. Pulau Pinang dengan ideologi dan cara DAP, Selangor dengan ideologi dan cara PKR dan Kelantan dengan ideologi dan cara Pas.
Slogan kononnya mereka mahu membentuk âMalaysia Baharuâ hanyalah retorik semata-mata. Realitinya mereka tidak berupaya melakukannya kerana memiliki ideologi yang berbeza. Mereka hanya pandai menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan pelbagai persepsi buruk. Menukar kerajaan semata-mata kerana marah dan benci tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara.
Ambil iktibar dari  kesan peristiwa âArab Springâ di negara-negara Arab. Peristiwa âArab Springâ adalah gambaran bagaimana semangat rakyat yang terlalu berkobar-kobar mahu menggulingkan kerajaan akhirnya memberi kesan tidak baik kepada negara terbabit.  Kebanyakan negara  terbabit menjadi lemah dan menjadi percaturan kuasa asing. Kepimpinan baharu yang diharapkan membawa perubahan gagal memenuhi harapan rakyat. Malah, ada kerajaan baharu itu menjadi lebih zalim daripada kerajaan sebelumnya.
__________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Jabatan Penerangan Malaysia.