Oleh Syed Hisham Shah & Pradeeb Kumar
KUALA LUMPUR, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Deklarasi rakyat yang diperjuangkan pakatan pembangkang dalam usaha menggagalkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak seakan menjaring angin, yakni melakukan sesuatu yang sia-sia. Deklarasi Rakyat yang dilancarkan memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan sebelum diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Malaysiaaktif sempat menemubual beberapa orang awam untuk mendapatkan reaksi mereka terhadap isu ini.
Mohamad Munawar, 25, sebaliknya menyelar tindakan mantan Perdana Menteri tersebut. Penyingkiran seharusnya dilakukan melalui pilihanraya kerana Malaysia merupakan sebuah negara mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Ternyata deklarasi rakyat ini bertentangan dengan perlembagaan negara.
Menurut William Lim, 23, komunikasi antara pemimpin adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya konflik seperti ini. Biarpun dikatakan terdapat kepincangan di dalam pentadbiran, penyingkiran tidak seharusnya berdasarkan satu kaedah semata, malah memerlukan perbincangan yang lebih menyeluruh sebelum tindakan seperti ini dilakukan.