Skip to main content
Berita TempatanSabah

40 Ribu Pengunjung Dijangka Hadir Pesta Kaamatan Sabah-Joseph

By 24 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Asmidar Zainol & Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Mei (Malaysiaktif) –? 40 ribu pengunjung dijangka akan menyertai Pesta Kaamatan Peringkat Sabah 2016 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang bermula pada 30 hingga 31 Mei ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Jospeh Pairin Kitingan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Negeri 2016,  bertemakan ‘Keamanan dan Persahabatan’ pesta itu bakal mengetengahkan adat resam suku kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) untuk diperkenalkan kepada pelancong.

Dalam pada itu, Pairin yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah berharap agensi berkaitan akan mengambil perhatian bagi mewujudkan jaringan kerjasama dalam membangunkan industri pelancongan di kawasan pedalaman.KAAMATAN

“Penyertaan masyarakat pedalaman dalam industri pelancongan masih berada pada tahap rendah. Walau bagaimanapun, golongan ini telah mula sedar ekonomi dan aktiviti kebudayaan perlu dipromosikan sebagai produk pelancongan.

“Industri pelancongan dapat menggerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain dengan jelas dan teliti. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti, pendapatan dan reputasi industri pelancongan negara pada keseluruhannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Media dan Taklimat Pesta Kaamatan 2016, di salah sebuah hotel di sini petang semalam.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Kordinasi Program Kaamatan (MICC), Datuk Clarence Bongkos Malakun turut memberi taklimat kepada pihak media tentang pelbagai pengisian di sepanjang sambutan berkenaan.

SF

Tinggalkan komen anda