Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ayam Murah Harga Strategi Penarik Pelanggan

By 15 Mei 2016Mei 17th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Hj Mohd Noor Samion

MELAKA, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Sejumlah 1,500 ekor ayam segar terjual sepanjang dua hari promosi oleh seorang peniaga sempena pembukaan kedai runcitnya di Tanjung Kling.

Bagi Nadzmie Nasir, idea tersebut dicetuskan oleh seorang sahabatnya di Puchong, Selangor yang sama memiliki perniagaan pasar mini.

“Asalnya, saya ingin membuka sebuah kedai Frozen Food sepenuhnya untuk menjual makanan sejuk beku. Tapi, apabila berbincang semula dengan seorang sahabat yang memiliki kekuatan dan pengalaman yang lama dalam bidang ini, saya tidak teragak-agak untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar dalam mengendalikan kedai pasar mini,” jelas Nadzmie semasa ditemui baru-baru ini.

 

0fbc6d58-4a4e-4d70-8338-f139d07a7fcc

 

Menurut Nadzmie, bekalan ayam diperoleh dari ladang ternakan di Selangor melalui bantuan sahabatnya itu. Selain menjual daging ayam, pasar mininya juga menjual bahan-bahan mentah secara borong, termasuk beras, susu, dan bawang serta barang keperluan dapur.

Salah seorang pelanggan, Zahid Mat Nor, berharap agar ayam yang dijual segar dengan harga berpatutan dapat menarik pelanggan dari semasa ke semasa.

“InsyaAllah setiap pembelian di kedai kami ini ada sumbangan ke pondok-pondok dan secara tidak langsung, membeli barang murah, halal dan sambil menderma,” ujarnya.

Sementara itu, Nadzmie turut mempunyai rancangan untuk mengembangkan sayap perniagaan ke beberapa daerah lain di masa akan datang.

“InsyaAllah jika ada kemajuan dan keuntungan, kita akan tambahkan lagi bilangan pasar mini ke seluruh Melaka dan seterusnya memiliki pusat penyembelihan dan proses ayam sendiri. Di waktu yang sama, saya ingin memberi peluang perniagaan kepada anak Melayu bangsa kita sendiri,” ujarnya penuh semangat.

Tambahnya lagi, khidmat penghantaran terus ke rumah pelanggan turut ditawarkan mengikut keperluan semasa dengan syarat tertentu.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda