Skip to main content
Berita TempatanPerlis

Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK 2016 Berakhir

By 15 Mei 2016Mei 16th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

ARAU, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Kejohanan Sepak Takraw Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2016 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh telah berlangsung dari 13 hingga hari ini.

Kejohanan menyaksikan pertandingan dua kategori utama, iaitu kategori berpasukan dan regu veteran.

Sebanyak 16 pasukan dari serata negeri di Malaysia bertanding pada kejohanan kali ini, termasuk Majlis Sukan ATM, Majlis Sukan PDRM dan Majlis Sukan Penjara.

Pasukan MAKSAK Pulau Pinang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori regu veteran, manakala Majlis Sukan PDRM juara kategori berpasukan.

MAKSAK Perlis bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan mendapat tempat ketiga bagi kategori Regu Veteren.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin yang turut merasmikan majlis penutup kejohanan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda