Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Empower ECER Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

By 30 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh  :  Akma Laily Hamdan (Maran)

 

MARAN, 30 Mei 2016 (MalaysiaAktif) – Empower ECER merupakan inisiatif serampang dua mata di bawah program pembangunan modal insan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) pada tahun 2010. Program Empower ECER, telah membantu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah membina masa hadapan yang lebih cerah.

Ia adalahg agenda pembangunan negara yang menyeluruh, agar tiada rakyat yang ketinggalan dalam menikmati kemakmuran yang wujud hasil daripada transformasi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Ini selaras dengan matlamat negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor Dato’ Haji Mohamed Arifin bin Awang Ismail, berkata dalam ucapan perasmiannya berkata, pelaksanaan program-program seperti empower ECER inilah yang membantu melancarkan lagi agenda pembangunan negara dengan melahirkan modal insan yang berkualiti, berilmu dan berkemahiran tinggi. Dengan pelbagai program dan bantuan daripada pihak Kerajaan, ramai antara kita yang sebelum ini berpendapatan rendah, telah dapat meningkatkan pendapatan,  yang sebelum ini hanya berniaga secara kecil-kecilan, kini telah berjaya membuka kedai sendiri.

WhatsApp-Image-20160530 (1)

Ia meliputi  dua program iaitu pertama, Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang menyasarkan golongan belia dan dewasa yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik dan yang kedua ialah Program Latihan Akademik di mana ianya menyasarkan pelajar yang mempunyai prestasi akademik sederhana dan lemah daripada keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan awam utama.

Dua program yang dilancarkan ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar melalui peningkatan prestasi akademik para pelajar dan kemahiran vokasional para peserta. Program empower ECER terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina dan usia.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2010 sehingga kini, terdapat seramai 32,034 peserta empower ECER di Pahang yang merangkumi 23,999 peserta Latihan Akademik dan 8,035 peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan. Dan di daerah Maran sendiri lebih 400 orang peserta yang mengikuti program ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John, program empower ECER telah berjaya melahirkan usahawan mikro yang berpotensi untuk mencapai kejayaan di Maran antaranya Puan Salmi bin Abu Bakar yang membuat perusahaan kek.

Menurut Encik Zulkifli bin Yaacob, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan, Majlis Pembangunan Wilayah ekonomi Pantai Ttimur,  ECERDC, kisah kejayaan Puan Salmi perlu dijadikan contoh kepada peserta yang lain.

“Kerajaan Negeri dan ECERDC sangat komited dalam memberi peluang kepada rakyat di wilayah ECER untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui program pembangunan modal insan ECERDC yang telah dirangka secara holistik. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh para peserta empower ECER akan memupuk lagi keyakinan dalam diri mereka serta rakan-rakan mereka yang lain untuk lebih berdaya saing dan berusaha menjadi usahawan yang mampan,” katanya lagi

Tinggalkan komen anda