
Oleh : Ruslan Abdul Rahman / Nur Shafira Bt Mat Hussin, (Pasir Puteh)
PASIR PUTEH, 30 Mei (Malaysiaaktif) āTelah menjadi budaya bagi rakyat Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Guru di setiap ceruk pelusuk negara pada 16 Mei setiap tahun, manakala di daerah Pasir Puteh, tanggal 29 Mei dipilih bagi menyambut KarnivalĀ Hari Guru Peringkat Parlimen Pasir Puteh 2016.
Sejarah tercipta apabila lebih 1,500 orang guru daripada sekolah menengah dan rendah di daerah ini berkumpul di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh bagi sama-sama meraikan sambutan KarnivalĀ Hari Guru ini. Pelbagai aktiviti menarik di susun bagi mengisi program sambutan Karnival Hari Guru Peringkat Parlimen Pasir Puteh 2016 ini, antaranya adalah aktiviti hiasan kek, basikalthon, senamrobik dan acara sukan padang.
Sementara itu, pelepasan tiga ekor burung merpati dan acara memotong kekĀ menjadi simbolik perasmian sambutan KarnivalĀ Hari Guru Peringkat Parlimen Pasir Puteh 2016 yangĀ disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Haji Othman .
āGuru-guru memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan seseorang insan itu. Sebagai seorang bekas guru, sehingga kini pun saya masih merasakan denyut nadi seorang guru yang ingin melihat anak muridnya berjaya menjadi generasi yang gemilang dan menjadi pelapis untuk masa depan negara,ā ujar beliau ketika berucap sempena sambutan KarnivalĀ Hari Guru Peringkat Parlimen Pasir Puteh 2016, disini semalam.
-SH