Skip to main content
HomeKelantan

OKU Celik IT

By 30 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 

 Oleh : Mohd Noor Mahmuddin B. Mohd Mahlil (Jeli)

JELI, 30 Mei (Malaysiaaktif) – “Pusat Mini Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jeli ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran penggunaan ICT dikalangan peserta PDK Jeli khususnya dan penglibatan masyarakat sekitar dalam mewujudkan hubungan serta komunikasi yang baik diantara pelatih-pelatih PDK yang kurang upaya disekitar PDK Jeli ini.”

Demikian  ujar Yang DiPertua Persatuan Isteri-Isteri dan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (PENAWAR), Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah dalam ucapan Majlis Perasmian dan Pelancaran Mini Pusat ICT Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bersempena Ekspo Keusahawanan Jeli 2016.

Pelatih dan ibubapa yang hadir dalam Majlis Perasmian

Pelatih dan ibubapa yang hadir dalam Majlis Perasmian Pusat ICT PDK

Program MITI dan PENAWAR bersama masyarakat sempena Ekspo Keusahawanan Jeli di Kelantan adalah untuk memberi kesempatan kepada pegawai-pegawai dan ahli-ahli untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran penggunaan ICT dikalangan kanak-kanak yang memerlukan keperluan istimewa.

Program yang diadakan selama sehari itu telah dipenuhkan dengan aktivIti Musical Art Therapy, Taklimat Penggunaan Peralatan ICT, Hands-on Non Visual Desktop Access (NVDA) untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan.

Pada majlis tersebut, sebanyak 13 buah set komputer telah diserahkan iaitu masing-masing 8 buah kepada PDK Jeli, dan 5 buah kepada PDK Kuala Balah.

Turut dalam dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Hanafi Bin Maulud,

 

-SH

Tinggalkan komen anda