Skip to main content
HomeKelantan

Dari Jeli Ke Persada Antarabangsa

By 30 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Mohd Sanusi Arifin (Jeli)

JELI, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Merupakan satu lakaran sejarah buat warga Jeli, apabila Naimey Abd Jalil telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Netpreneur Wanita MATRADE melalui syarikatnya NMY Jeli Wholesale(M) Sdn.Bhd sempena Ekspo Keusahawanan Jeli yang berakhir Sabtu lalu.

Sejarah penglibatannya dalam perniagaan bermula ketika beliau sedang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Kedoktoran di Kuala Lumpur telah mencetuskan semangat untuk beliau memulakan perniagaan ini.

“Memandangkan kos berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan agak tinggi, jadi sebagai langkah mencari pendapatan sampingan, saya nekad memulakan perniagaan pakaian secara kecil-kecilan yang dibeli di Kuala Lumpur dan di pasarkan di Kelantan kepada rakan-rakan terdekat ketika itu,” ujar beliau selepas majlis penganugerahan yang disampaikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Naimey di butik miliknya

Naimey di butik miliknya

Beliau yang bertugas sebagai pensyarah kontrak di sebuah IPTA tempatan akhirnya membuat keputusan berani untuk berhenti kerja dan menumpukan kepada perniagaan pakaian dan fesyen yang merupakan minatnya sejak kecil lagi.

Berbekalkan semangat serta keyakinan yang utuh, graduan perniagaan ini terus mengorak langkah dalam mengejar cita-citanya.

Tidak menoleh kebelakang lagi beliau terus menyusun strategi dalam menentukan Butik Carya Zara terus menjadi tumpuan dan perhatian pengemar pakaian yang terkini akhirnya beliau kini cukup berbanga dengan kejayaannya meluaskan pasaran dengan membuka cawangannya di beberapa buah negara seperti Singapura, Brunei, Sweden dan Australia dan mencatat jualan yang cukup membanggakan iaitu sebanyak RM 3 juta pada tahun lepas.

Mengakui MITI dan kerajaan banyak membantu dalam usaha merealisasikan kejayaan dan menyeru supaya masyarakat tempatan untuk segera menimba ilmu dan mempelajari bagaimana ingin memulakan sesebuah perniagaan sekiranya ingin benar-benar berjaya dalam bidang ini.

Ekspo Keusahawanan Jeli 2016 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gemang, Jeli, Kelantan berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mei lalu telah memanfaatkan seramai 128 usahawan dan 60 agensi terlibat.

 

-SH

 

Tinggalkan komen anda